Followers

Siti Hajar titis air mata cerita azab didera majikan

Tuesday, January 12, 2010

KUALA LMPUR 12 Jan. — Seorang pembantu rumah warga Indonesia menitiskan air mata serta meluahkan perasaan marah terhadap bekas majikannya ketika memberi keterangan terperinci di Mahkamah Sesyen di sini mengenai kejadian dia disimbah air panas manakala lehernya dikelar menggunakan pisau pemotong sayur.


Siti Hajar Sadli, 34, juga tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu mahkamah mengenai seorang pemandu teksi yang membantu menghantarnya ke Kedutaan Indonesia di sini serta memberi wang tunai RM18 untuk membeli makanan tetapi dia tidak dapat mengambil nama ataupun nombor pendaftaran teksi tersebut kerana keadaannya yang terlalu lemah ketika itu.

Siti Hajar turut mengenal pasti lesung, tukul besi, pisau, parang, gunting, cawan, dan kerusi besi yang didakwa digunakan oleh ibu tunggal Hau Yuan Tyng, 43, yang menghadapi dua tuduhan mendatangkan kecederaan parah serta tuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan gunting terhadapnya.

Mangsa turut mengenal pasti kerusi kayu yang patah, yang didakwa digunakan untuk menyerangnya.

Hau didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan tersebut di Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara pada bulan Februari dan Jun, 2009. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives