Followers

Paradox of plenty

Sunday, January 31, 2010

Oleh Haris Zalkapli

Satu masa dulu, media yang tidak menyokong kerajaan hampir tidak ada di pasaran. Maklumat terutama laporan isu politik hampir dimonopoli media prokerajaan.


Pada masa itu, akibat sumber maklumat yang amat terhad, ramai tidak dapat memilih dan menilai maklumat dengan kritikal. Memilih dan menilai amat sukar.

Hari ini, dengan bercambahnya media cetak dan blog, memilih dan menilai maklumat tidak juga menjadi lebih mudah.




Bertambahnya sumber maklumat tidak, atau mungkin belum lagi, menyumbang kepada masyarakat yang lebih bermaklumat dan mampu menilai dengan baik.

Dari satu sudut, dunia blog dan lebih utama penulis blog (yang sering menyembunyikan identiti) menjadi overrated. Ramai menganggap mereka lebih penting daripada yang sepatutnya.

Ini tidak bermakana sama sekali penulis blog tidak penting. Blog boleh menyampaikan banyak isu yang sering berada di luar capaian radar kebanyakan media. Tetapi, dalam banyak hal, blog hanya menyampaikan maklumat palsu atau separuh benar untuk memenuhi sentimen dan agenda tertentu.

Dengan bahasa rendah (termasuk carutan dan ayat-ayat yang tidak koheren) dan semakan maklumat yang hampir tiada langsung, blog muncul di ruang awam, menyumbangkan sesuatu yang dalam banyak kes, negatif.

Satu petikan daripada sebuah blog: "Sekilas ikan di air gua dah tahu ikan air tawar ke air masin. Pusing2 apa punlah idea-cadangan mereka, semuanya bertujuan kepada keadaan politik PAS Terengganu. Bila sebut masalah2 ni semua, pusing2 pun la apa juga cara, semuanya adalah akibat ahli PAS adalah majority genetik bodoh. Cerdik semata dua jer dari UMNO."

"Langgar Hadi, buktikan taraf kualiti genetiknya, taraf kualiti inteleknya, dirakam dalam pelbagai medium untuk rujukan zaman2 akan datang, ianya membuka ruang dan peluang untuk menggugurkan ulama ini."

Satu lagi penulis blog menerbitkan tulisan ini: "Apa yang seharusnya diketahui, berdasarkan maklumat dari staf akhbar siasah, bahawa akbar siasah akan ditutup pada akhir bulan 12 ini."

"Dimaklumkan, siasah sudah defesit selama 7 bulan. Juga, jualannya tidak lebih dari 20% sahaja. Yang lebih memalukan lagi, akhbar siasah kini sudah berada dalam keadaan yang teruk, sehingga tidak mampu membayar hutang kepada harakah."

"Dimaklumkan juga, bahawa MSO sebagai ketua editor telah tidak hadir dalam mesyuarat editorial sebanyak 2 kali dateline."

Sejauh mana tulisan-tulisan ini dapat dipertanggungjawabkan? Kenapa hanya satu aliran pandangan sahaja dikemukakan sebagai benar?

Entah berdasarkan apa, blog dan penulis blog (yang kini digelar dengan gelaran blogger, nama yang sering membawa satu imej agak gah) dilihat dengan lebih daripada apa yang sepatutnya.

Dan dunia maya juga, dinilai melebihi daripada apa yang sepatutnya, contohnya dalam menilai kesan kepada keputusan pilihan raya. Ini terhasil akibat apa yang diistilahkan sebagai availability bias.

Ramai wartawan, penulis blog politik, politikus adalah peserta aktif Facebook, pengguna aktif internet. Banyak penilaian tidak dapat tidak dinilai melalui medium ini, dan penglibatannya dalam ruang ini. Apa yang dilihat di sini mungkin meninggalkan kesan lebih daripada ruang lain.

Akibatnya, timbul tanggapan seperti "Di internet ramai yang dah bercakap tentang isu ni, dan macam betul je," dan "Medan utama Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."

Hakikatnya, masih ramai yang tidak menyertai dunia internet, dan banyak isu politik tidak atau kurang dibincangkan di internet. Internet boleh meningkatkan pemerhatian ramai terhadap sesuatu hal, tetapi belum pasti hal itu sebegitu penting.

Begitu juga dengan blog dan blogger. Ramai dilihat sebagai lebih penting daripada yang sepatutnya. Kepentingan ini, pada saya ialah sesuatu yang overstated.

..
http://politikpop.blogspot.com/

1 comments:

Anonymous said...

itu sebab najib mencari hackers hebat2 untuk godam blog pro pr...rm 20j maaa

Post a Comment

Berita/Artikel lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives